*Penerangan apa itu Madu Kelulut Dan Spesisnya oleh Agro Tani
Ini Sarang Lebah Kelulut dan Tempat Madu di simpan
PROPOLIS & Madu
Madu sebagai ganti molasses bukanlah mudah dilakukan dalam skala yang besar. molasses/gula merah juga harganya semakin hari semakin meningkat. Di Lenggong ini saja, harga jualan gula merah RM3/kg. sama seperti batang jagung, orang ramai sudah mula mengetahui faedahnya dan tahu menilai sisa organik.
Gambar tersebut adalah sarang lebah kelulut/lebah yang bersaiz kecil. Harga madu kelulut lebih mahal dari madu lebah biasa.
Didalam surah AL-Nahl ayat 68-69, Allah berfirman:
Maksudnya: “Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah “hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.
Tempohari kita memperkenalkan madu, kali ini naik setingkat lagi dalam aras kualiti-propolis.
Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan baham makanannya, seperti debunga, kulit kayu, pucuk2 pokok dan bunga. tujuan propolis dihasilkan adalah kerana ia sejenis gam untuk dinding sarang lebah yang berfungsi memastikan sarang lebah kekal steril.
anak2 lebah dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. untuk memastikan sarang lebah sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah menghasilkan propolis yang berFUNGSI sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria. anda hanya perlu setitik propolis untuk aktiviti insect repellant IMO anda.
khasiat propolis ia mengandungi kesemua 16 jns asid amino, glukosa, vitamin ABCD&E, bioflavanoid dan pelbagai mineral. bioflavanid sangat baik untuk kelancaran & baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.
manakala madu mengandungi NPK dan mineral yang tinggi. tahukah anda tahi lebah juga merupakan baja nitrat yang berkualiti tinggi?