Friday, 1 July 2011

Stok Jualan Madu Kelulut...Terhad!!!


 ~:Harga Jualan Semasa:~       Harga Borong: 1 Botol Berat 1 Kg            >>>   RM 200 1 Botol   <<<     Harga Runcit: 1 Botol Berat 150gram          >>>  RM 35 1 Botol  <<<   Harga tertakluk kepada Permintaan dan Pengeluaran*
Kami masih belum menerima tempahan melalui pos tetapi boleh melalui Stokis atau Dealer yang kami lantik dikawasan tertentu. Hubungi kami untuk maklumat Stokis Dan Dealer berdekatan dengan kawasan Anda.*                                 Perhatian!!                     Kami memerlukan Stokis atau Pengedar di seluruh negara. Produk laris menjana keuntungan berpanjangan. Fulltime atau Partime atau mempunyai premis kedai di alu-alukan.Berminat ??? Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau emailkan ke zezpremier@gmail.com 








Wednesday, 15 June 2011

Khasiat madu lebah kelulut lagi....

Khasiat madu lebah kelulut

Artikel Utusan Malaysia
ARKIB : 20/05/2011

 
Sarang Kelulut yang mengandungi Bee Bread (Pollen).

KOTA BHARU 19 Mei - Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.
Berbeza dengan kebanyakan lebah, kelulut tidak berbahaya kepada manusia dan madu yang dihasilkan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi.

Sementara propolis pula merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah dan ia dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.

Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis termasuk diabetis, mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS.
Justeru, khasiat dan keistimewaan madu lebah kelulut yang tinggi telah mendorong pesara Lembaga Pertubuhan Peladang Kelantan, Razip Ibrahim, 53, dari Kampung Petani, Sering dekat sini berusaha menternak lebah berkenaan secara komersial.

Menurut Razip, bagi setiap koloni lebah kelulut yang diletakkan dalam kotak berukuran 70 sentimeter kali 20 sentimeter mampu menghasilkan antara 200 hingga 300 gram campuran madu dan bee bread serta 200 hingga 400 gram propolis.“Koloni kelulut akan mengeluarkan madu di dalam ‘tempayan’ dan menutup tempayan itu apabila madu sudah penuh, manakala bee breed juga diisi dalam tempayan tersendiri di dalam sarang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Kata bapa kepada lapan orang anak itu, dia mula mengetahui mengenai khasiat madu lebah kelulut setelah menyertai seminar mengenai lebah dan kelulut di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian dekat sini, pada tahun lalu.

Kebetulan katanya, pada seminar yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian Kelantan itu, dia bertemu seorang pensyarah Universiti Hasanuddin Ujung Pandang, Makasar, Indonesia iaitu Prof. Mappa Toba yang menceritakan kepentingan ternakan lebah kelulut.

Bermula daripada maklumat tersebut jelasnya, dia mengkaji mengenai koloni kelulut di seluruh Kelantan termasuk di kawasan kampung dan hutan.“Hasilnya, saya berjaya mengenal pasti empat jenis koloni kelulut pelbagai saiz termasuk bersaiz lebah,” katanya yang merupakan penternak tunggal kelulut di negeri ini dengan membela 30 kotak spesies itu di pekarangan rumahnya.

Mengulas lanjut Razip berkata, lebah kelulut besar mengeluarkan paling banyak madu yang boleh dikumpulkan setiap dua minggu sekali.
Setakat ini lebah-lebah kelulut yang diternak itu telah menghasilkan kira-kira 10 kilogram madu.
Bagi meyakinkan lagi masyarakat tentang khasiat madu lebah kelulut, dia bekerjasama dengan USM termasuk melakukan penyelidikan mengenai khasiat bee bread dan propolis yang dikatakan sangat berkesan dalam merawat serta mencegah pelbagai penyakit.
Kajian dilakukan di bawah pengawasan Prof. Madya. Siti Amrah Sulaiman itu menunjukkan penggunaan madu kelulut boleh menurunkan paras glukos pesakit diabetes selain berkesan untuk mencegah kanser dan gout,” katanya.

Bagi mempelbagaikan produk berasaskan madu lebah kelulut, dia turut menceburi bidang pembuatan coklat dan pelbagai produk kesihatan berasaskan madu, selain menjadi pembekal lebah kelulut kepada mereka yang berminat menceburi bidang berkenaan.

Menurut Razip lagi, dia mendapatkan koloni lebah kelulut dari kawasan kampung dan hutan di Kelantan dan menempatkan lebah-lebah itu dalam kotak di sekitar rumahnya.

Katanya, setiap koloni lebah kelulut mengenali kotak ‘tempat tinggal’ masing-masing dan secara berterusan akan menghasilkan madu kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan ‘permaisuri’.

“Menguruskan ternakan kelulut ini tidak menyusahkan kerana koloni kelulut menghisap semua jenis madu bunga yang terdapat di kawasan sekitarnya.

Kelulut yang saya ternak sekarang mengeluarkan madu berbau bunga durian kerana sekarang musim pokok durian berbunga,” kata Razip yang dibantu oleh isterinya, Rahimah Hamat, 53.

Komen... Khasiat Madu Kelulut

Bagi org2 sebelah utara ni sudah biasa menyebut madu dengan perkataan nisan. Biasanya orang lebih sinonim dengan madu lebah daripada madu kelulut dan orang itu termasuklah aku.. hehehe. Mengikut temubual yg aku buat dgn pengusaha madu atau nisan kelulut sendiri kelulut ialah sejenis serangga yang berwarna hitam seperti gambar di bawah. 
Nampak cam ganas ja kan? Tapi sebenarnya ia tidak merbahaya kepada manusia.
Actually proses untuk mendapatkan madu kelulut ini agak sukar berbanding madu lebah biasa. Ini kerana madu kelulut amat jarang sekali ditemui dan tempat persembunyian atau sarang kelulut ini berada di dalam batang pokok. Cer bayangkan, kalau dah dok dalam batang pokok macam mana nak dapatkan madu tersebut agaknya ya? Kalau tak percaya ha tgk gamba kat bawah ni.

Sejak akhir2 ni permintaan terhadap nisan kelulut ini semakin tinggi kerana khasiatnya yang tinggi dalam mengubati pelbagai jenis penyakit. Aku jugak tak ketinggalan untuk mencubanya kerana ia dikatakan amat baik bagi menyembuhkan luka-luka dalaman. Ye lah aku kan baru lepas bersalin..
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang khasiatnya aku jugak telah membuat pencarian  di dalam google. Antara khasiat2nya seperti yang aku telah aku baca ialah ia dapat mengubati pelbagai penyakit seperti asma, barah, buasir, batung kering, resdung, jerawat, sakit sendi, sakit pinggang, lemah jantung, gastrik, masalah haid dan sebagainya.
Selain penyakit2 di atas, ia juga dikatakan dapat :
  • meningkatkan metabolisme badan
  • menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
  • melancarkan peredaran darah dan sistem pencernaan
  • mengandungi  agen antioksidan yg boleh mengurangkan aktiviti kemusnahan sel
  • mengubati luka-luka
  • meningkatkan keupayaan seks seseorang
  • sesuai juga untuk tujuan kecantikan

Potensi madu kelulut

Potensi madu kelulut


sarang kelulut yang terdiri daripada madu di dalam kantung-kantung kecil berwarna jernih, propolis dan debunga dalam kantung kuning .


SEGALA yang diciptakan Allah sudah pasti tiada yang sia-sia. Antara ciptaanNya yang amat istimewa adalah lebah. Sesungguhnya lebah diletakkan pada kedudukan amat penting berbanding serangga lain.
Tidak hairan jika satu surah di dalam al-Quran dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: "Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia."
"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."

Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia.Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.Sehingga kini kajian hanya menjurus kepada lebah madu dalam Genus Apis seperti Apis melifera dan Apis dorsata yang menyengat.Manakala lebah tidak menyengat atau kelulut dalam genus Trigona memainkan peranan penting bagi proses pendebungaan ditinggalkan.Sama seperti lebah madu, kelulut juga membentuk koloni sosial yang kompleks.

Kajian dijalankan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan negara mempunyai kepelbagaian kelulut paling banyak berbanding negara Asia lain.Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik, Mohd Fahimee Jaafar berkata, di Semenanjung Malaysia saja terdapat 29 spesies kelulut manakala jumlah spesies di Sabah dan Sarawak tidak dapat ditentukan."Di MARDI saja terdapat 15 spesies dan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu besar, sederhana dan kecil," katanya.

Kajian Mohd. Fahimee banyak dibantu oleh Pembantu Penyelidik, Hamdan Sipon yang telah menjalankan kajian kelulut selama lebih 10 tahun.Fahimee berkata, usaha pemuliharaan spesies kelulut di lapangan giat dijalankan di MARDI bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan.

Kelulut biasanya terdapat di hutan dan bersarang pada batang kayu yang telah ditebang."Beberapa sarang direka di ladang di Serdang bertujuan memanipulasi koloni bagi pendebungaan beberapa spesies buah-buahan serta buah-buahan dengan bunga kecil dan penghasilan madu."Kepelbagaian kelulut boleh dilihat menerusi bentuk sarang," katanya.Koloni kelulut di MARDI diletakkan di ladang durian, belimbing dan longan sebagai agen pendebungaan yang berjaya."Misalnya ladang durian yang mempunyai koloni kelulut menunjukkan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah tidak mengira musim," katanya.

Lebih istimewa, lebah kelulut mudah mendebungakan bunga bersaiz kecil yang tidak boleh dilakukan lebah madu.Bagi tujuan komersial, koloni kelulut diletakkan dalam kotak yang boleh memuatkan 1,000 hingga 2,000 ekor."Dalam masa sebulan hasil kelulut sudah boleh dituai dalam bentuk madu, debunga dan propolis dan pengambilan madu lebih mudah kerana kelulut tiada sengat," katanya.

Kelebihan kelulut adalah madunya boleh diambil setiap bulan apabila kotak sarang telah penuh dan madu berada di dalam kantung-kantung kecil.Setakat ini madu kelulut belum lagi dikomersialkan kerana masih ramai tidak mengetahui kelebihan kelulut."Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi."Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah," katanya.

Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.
Produk propolis berwarna kehitaman dikumpulkan oleh kelulut pekerja iaitu resin pokok yang dicampurkan dengan air liur serta makanan seperti debunga dan bunga.Bahan propolis digunakan untuk melapisi bahagian dalam sarang bagi mengekalkan keadaan steril kerana anak kelulut amat sensitif dengan virus, kulat dan serangga perosak.

Propolis boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.Kelulut mudah diuruskan kerana tidak seperti lebah madu yang sering hilang, tidak tinggal di sarang serta mudah diserang penyakit.

Justeru, kajian mendalam mengenai produk kelulut perlu dijalankan bagi membolehkannya dikomersialkan pada masa hadapan.

Petikan dari Utusan Malaysia  30/05/2011

Thursday, 12 May 2011

Madu Kelulut???


*Penerangan apa itu Madu Kelulut Dan Spesisnya oleh Agro Tani


Ini Sarang Lebah Kelulut dan Tempat Madu di simpan

PROPOLIS & Madu

Madu sebagai ganti molasses bukanlah mudah dilakukan dalam skala yang besar. molasses/gula merah juga harganya semakin hari semakin meningkat. Di Lenggong ini saja, harga jualan gula merah RM3/kg. sama seperti batang jagung, orang ramai sudah mula mengetahui faedahnya dan tahu menilai sisa organik.
picture-077
Gambar tersebut adalah sarang lebah kelulut/lebah yang bersaiz kecil. Harga madu kelulut lebih mahal dari madu lebah biasa.
Didalam surah AL-Nahl ayat 68-69, Allah berfirman:
Maksudnya: “Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah “hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.
Tempohari kita memperkenalkan madu, kali ini naik setingkat lagi dalam aras kualiti-propolis.
Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan baham makanannya, seperti debunga, kulit kayu, pucuk2 pokok dan bunga. tujuan propolis dihasilkan adalah kerana ia sejenis gam untuk dinding sarang lebah yang berfungsi memastikan sarang lebah kekal steril.
anak2 lebah dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. untuk memastikan sarang lebah sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah menghasilkan propolis yang berFUNGSI sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria. anda hanya perlu setitik propolis untuk aktiviti insect repellant IMO anda.
khasiat propolis ia mengandungi kesemua 16 jns asid amino, glukosa,  vitamin ABCD&E, bioflavanoid dan pelbagai mineral. bioflavanid sangat baik untuk kelancaran & baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.
manakala madu mengandungi NPK dan mineral yang tinggi. tahukah anda tahi lebah juga merupakan baja nitrat yang berkualiti tinggi?